SKMM dapat repot hantaran hasut orang Sabah benci PM

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata penyebaran maklumat palsu berkenaan diterima ketika kempen PRN Sabah.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima satu laporan seorang pengguna media sosial muat naik hantaran menghasut supaya rakyat Sabah membenci Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata penyebaran maklumat palsu berkenaan diterima ketika kempen PRN Sabah.

Katanya, SKMM akan bekerjasama dengan polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Mengulas mengenai calon yang melanggar undang-undang, beliau berkata hingga kini pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan kesalahan berkempen melalui platform media sosial.

“Jika ada aduan daripada SPR, kemungkinan SKMM akan membantu menurunkan bahan kempen calon terbabit, namun setakat ini memang tiada aduan,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian ketika melawat Pusat Media Kementerian Komunikasi bersempena PRN Sabah ke-17, di Sandakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Nov bagi undi awal, manakala 29 Nov hari pengundian.

Mengikut statistik SPR, sebanyak 1,784,843 pengundi terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera bersama-sama pasangan, dan 12,729 anggota polis berserta pasangan layak menjalankan tanggungjawab mereka pada PRN kali ini.

Author:

1 thought on “SKMM dapat repot hantaran hasut orang Sabah benci PM

Leave a Reply to Bella279 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *