Jeti sementara dibina askar Amerika Syarikat mula digunakan sejak 17 Mei membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. (Gambar AP)
WASHINGTON: Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lalu, kata Komando Pusat AS (Centcom), lapor Agensi Anadolu.
“Amerika Syarikat, United Kingdom, UAE, Kesatuan Eropah, dan banyak lagi rakan kongsi telah menyumbangkan bantuan kemanusiaan ini,” kata Centcom di X.
Menurutnya, jeti itu adalah penyelesaian sementara untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi memenuhi keperluan mendesak rakyat Palestin.
Pada 17 Mei, trak membawa bantuan kemanusiaan mula bergerak ke darat melalui jeti sementara itu di Semenanjung Gaza.

Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.
Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks!