Exco Perlis makin stabil, masih dirawat di hospital

Adun Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad masih dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Adun Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, sejak 14 Mei lalu semakin stabil.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil, berkata Wan Badariah, 47, masih dipantau doktor.

“Setakat ini keadaan YB exco semakin stabil, beliau sekarang sedang menjalani proses rawatan susulan lagi di hospital dan dipantau pihak doktor termasuk dari segi penggunaan ubat yang diberikan,” katanya kepada FMT.

Asrul yang juga ketua penerangan PAS Perlis turut memaklumkan tugas Wan Badariah kini dijalankan pegawai pusat khidmat DUN berkenaan sambil dibantu Adun lain.

Sebelum ini, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata Wan Badariah yang juga exco kemajuan pelancongan, kebudayaan, kesenian & warisan dan pemerkasaan wanita, keluarga & masyarakat ditidurkan selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.

Author:

4 thoughts on “Exco Perlis makin stabil, masih dirawat di hospital

  1. I have read your article carefully and I agree with you very much. This has provided a great help for my thesis writing, and I will seriously improve it. However, I don’t know much about a certain place. Can you help me?

Leave a Reply to Регистрация в binance Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *