Perak sumbang RM5,000 kepada keluarga mangsa serangan balai polis

Jenazah Ahmad Azza Fahmi Azhar yang maut dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor. (Gambar Bernama)

LENGGONG: Kerajaan Perak akan menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada keluarga Ahmad Azza Fahmi Azhar yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi semalam.

Menteri Besar, Saarani Mohamad, berkata sumbangan itu turut dihulurkan kepada tiga mangsa tragedi dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut, bulan lalu.

“Semua penerima sumbangan merupakan anak jati Perak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Agropelancongan Perak 2024 di Resort Tasik Raban.

Dalam kejadian pada 2.45 pagi semalam, Fahmi, 22, dan rakan setugas Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu, Mohd Hasif Roslan cedera ditembak.

Suspek lelaki berusia 21 tahun ditembak mati dalam kejadian itu.

Sementara itu, jenazah Fahmi selamat dikebumikan pada 6.43 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor.

Author:

2 thoughts on “Perak sumbang RM5,000 kepada keluarga mangsa serangan balai polis

Leave a Reply to binance Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *