ALOR GAJAH: Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila hampir dibaham buaya ketika menangkap udang galah di perairan Sungai Timun, Lubok Cina pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa Nurkaisa Ausad, 65, berasal dari Linggi, Negeri Sembilan cedera pada bahagian pergelangan kaki kanan kerana digigit reptilia terbabit selain luka di kepala akibat terhantuk bucu perahu ketika menyelamatkan diri.
“Daripada laporan polis dibuat anak mangsa pada Isnin lepas, pengadu Muhammad Omar, 24, menerima panggilan telefon daripada kawan ibunya yang memaklumkan mangsa digigit buaya ketika sedang menangkap udang bersama nelayan lain di perairan itu.
“Semasa ibunya mahu turun menyerkap udang galah di dalam sungai yang tidak jauh daripada perahu dinaiki, secara tiba-tiba mangsa digigit seekor buaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Arshad berkata mangsa kemudiannya meronta-ronta sebelum berjaya melepaskan diri daripada gigitan buaya terbabit.
Arshad berkata bagaimanapun, selepas berjaya menyelamatkan diri daripada buaya berkenaan, kepala wanita itu telah terhantuk pada bucu perahu dan menyebabkan dia mengalami kecederaan.
“Rakan nelayan di situ yang menyedari keadaan itu kemudiannya menyelamatkan mangsa dan membawanya naik ke daratan, seterusnya membawa mangsa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan untuk rawatan lanjut.
“Keadaan wanita itu kini stabil dan kes dirujuk kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan seterusnya,“ katanya. -Bernama

Increase Your Website’s Customer Flow with Matumba studio 😕 Are you losing customers due to low web traffic or don’t have a website yet? 🤖 We’ll conduct a free audit, demonstrate how to boost traffic, and handle all the necessary tasks to achieve quick results. 🚀 With our assistance, your website will soar to the top of Google! 💻 If you don’t have a web presence, we’ll create the best website tailored to your business, fully prepared for advertising and promotion. 🤠 Don’t miss the chance to increase your client base and profit. Contact us through our studio’s website https://matumba.net using any convenient method. We’ll showcase our work’s results through current client examples and provide advice on internet marketing, SEO promotion, and website development. 😎 We understand how to establish a successful online business. Our studio is at the top positions in Google, and we’re ready to assist you! To unsubscribe from the newsletter please follow this link https://ddsi.page.link/ru