KPDN N.Sembilan rampas 4,800 liter diesel bersubsidi

KPDN N.Sembilan rampas 4,800 liter diesel bersubsidi

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas 4,800 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM10,320, dipercayai diseleweng, dalam serbuan Op Tiris di sebuah premis tanpa nombor, di Rantau, semalam.

Pengarahnya Muhammad Zahir Mazlan berkata nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM21,520 termasuk sebuah lori dan enam unit tangki IBC.

“Pemeriksaan menyeluruh mendapati terdapat sebuah lori dengan kanvas berwarna jingga bersama enam unit tangki IBC berisi minyak disyaki diesel bersubsidi di atas lori tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu lori telah melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota serbuan dan kenderaan itu dipercayai digunakan untuk pengumpulan dan pengedaran minyak diesel untuk diseleweng.

Muhammad Zahir berkata sitaan dibuat bagi kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat. – Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *