Perkara penting berkaitan peningkatan taraf hidup rakyat diusahakan Kerajaan Perpaduan

Perkara penting berkaitan peningkatan taraf hidup rakyat diusahakan Kerajaan Perpaduan

KUALA NERANG: Perkara penting berkaitan meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk pesawah, penoreh dan nelayan kini sedang diusahakan Kerajaan Perpaduan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

Sehubungan itu, Anwar menyeru rakyat di Kedah memberikan peluang kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan beliau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk menjaga dan meningkatkan taraf hidup mereka.

“Cerita politik ini untuk apa? Betul untuk jaga Islam, jaga orang Melayu, Siam, Cina dan India, tetapi yang penting adalah untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Saya tak bangga jadi Perdana Menteri kalau saya tak boleh buat apa-apa tolong rakyat miskin,“ katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Naka dekat sini hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah Datuk Mahfuz Omar turut serta dalam ceramah itu.

Anwar mengulangi bahawa hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat perlu baik untuk melancarkan rancangan pembangunan termasuk menarik pelabur luar.

“…saya minta semua bagilah peluang agar kerajaan negeri boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk faedah rakyat,“ katanya. -Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *