Nak lancar balik utara? Jangan lupa guna JustGO

toll
Plus Malaysia Berhad sentiasa mencari alternatif untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol.

PETALING JAYA: JustGO, mod pembayaran tol tanpa tunai terbaru di Malaysia, muncul sebagai alternatif pantas untuk mengatasi kesesakan di plaza tol lebuh raya Malaysia.

Platform dibangunkan untuk kegunaan seluruh industri konsesi lebuh raya itu menggunakan sistem pengecaman nombor plat automatik (ANPR) untuk memproses pembayaran dan menyokong konsep ‘lane freedom’.

Melaluinya, pengguna bebas melalui mana-mana lorong tol tanpa perlu menyesuaikan kaedah bayaran dengan lorong tertentu.

Ini sekali gus mampu mengurangkan penukaran lorong pada saat akhir dan membantu melancarkan aliran trafik.

Menjelang Aidilfitri ini, pengguna yang menuju ke utara dapat menikmati kemudahan itu di sembilan plaza tol sepanjang jajaran Lebuh Raya Utara-Selatan dari Sungai Dua (Pulau Pinang) hingga Hutan Kampung (Kedah), yang menjadi perintis bagi pelaksanaan teknologi ANPR oleh PLUS Malaysia Berhad.

Plaza tol terbabit adalah Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua.

Sistem Pengecaman Plat Nombor Automatik
Plaza Tol Sungai Dua di antara lokasi menjadi perintis pelaksanaan teknologi sistem pengecaman nombor plat automatik (ANPR) untuk memudahkan pembayaran melalui aplikasi JustGO. (Gambar Bernama)

PLUS menyasarkan untuk memperluaskan pelaksanaan sistem ANPR ke lebih banyak plaza tol kendaliannya pada masa depan.

Melalui platform JustGO, pengguna boleh menghubungkan nombor plat kereta mereka terus dengan sistem ANPR yang akan mengimbas plat secara automatik.

Mungkin selepas ini tiada lagi gurauan dengan tagline ‘Reverse, Forward. Insya-Allah Detect.’ daripada pengguna aplikasi JustGO yang mungkin terkesan dengan sistem pembayaran sebelum ini.

Kenapa JustGO lebih mudah?

  • Tak perlu kad fizikal atau pelekat pengesanan; nombor plat kereta sudah cukup. Daftar sekali dan anda sedia bergerak.
  • Percuma untuk pendaftaran aplikasi – tiada kos untuk mula gunakan sistem tersebut.
  • Pilihan pembayaran fleksibel. JustGO membolehkan pautan terus ke kad debit atau kredit, menjadikannya lebih mudah untuk pengguna dengan pelbagai pilihan pembayaran termasuk e-dompet yang bakal diperkenal secara berperingkat.
  • JustGO bantu lancarkan trafik di plaza tol melalui konsep “lane freedom”, membolehkan pengguna melalui mana-mana lorong tanpa perlu berhenti untuk pembayaran serta mengurangkan penukaran lorong pada saat akhir.

Matlamat jangka panjangnya adalah aliran pantas pelbagai lorong (MLFF)– perjalanan bebas palang tol pada masa depan.

  • Penggunaan pembelajaran mesin AI, e-KYC, dan e-KYV untuk mengesahkan identiti dan maklumat kenderaan memastikan setiap transaksi selamat. Platform JustGO juga mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2024.

5 proses mudah guna JustGO

  1. Sahkan nombor telefon bimbit anda – daftar dengan nombor mudah alih yang sah. Pemegang akaun PLUSMiles akan menikmati kemudahan awal untuk terus menggunakan JustGO dengan log masuk menggunakan maklumat sedia ada, tanpa melalui proses pendaftaran semula.
  2. Sahkan e-mel anda melalui pautan e-mel.
  3. Sahkan identiti (e-KYC) – gunakan MyKad atau pasport bersama-sama dengan pemeriksaan biometrik.
  4. Pautkan mod pembayaran (e-KYP) – pengguna boleh menambah sehingga tiga kad debit atau kad kredit untuk pembayaran ANPR.
  5. Daftar kenderaan anda (e-KYV) – muat naik sijil pemilikan kenderaan (VOC), geran kereta digital dari aplikasi MyJPJ milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bersama-sama dengan gambar hadapan dan belakang kereta anda.

Dan ya, untuk mendaftar, anda mestilah berumur 17 tahun ke atas. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin bantuan pendaftaran, hubungi contact@justgo.com.my atau DM di akaun media sosial JustGO.

PLUS juga akan memperluaskan kemudahan itu di lebih banyak plaza tol yang pastinya menjanjikan pemanduan lebih lancar serta menyenangkan.

Jadi nikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar dengan JustGO.

Muat turun di App Store,Google Play sekarang dan HUAWEI App Gallery!

Layari justgo.com.my untuk maklumat lanjut.

Author: admin