
KUALA LUMPUR: Penceramah bebas Zamri Vinoth mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membuat kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam.
Tertuduh berusia 41 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan.
Mengikut pertuduhan, Zamri didakwa membuat satu hantaran di Facebook yang boleh menimbulkan ketakutan atau kegusaran dalam kalangan orang awam pada 3 Feb lalu, berhubung satu perhimpunan melibatkan ‘kuil haram’.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.
BERITA LANJUT MENYUSUL
