50% diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina

Diskaun tol 50% akan berkuat kuasa dari 12.01 pagi 14 Feb hingga 11.59 malam 15 Feb ini.

PETALING JAYA: Kerajaan memberikan diskaun tol 50% di seluruh negara sempena Tahun Baharu Cina, umum Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi.

Katanya, langkah yang diluluskan Jemaah Menteri itu dijangka menyebabkan kerajaan menanggung kira-kira RM19.5 juta pampasan kepada pemegang konsesi lebuh raya.

Diskaun 50% akan berkuat kuasa mulai 12.01 pagi 14 Feb dan berakhir 11.59 malam 15 Feb ini.

Ia hanya terpakai kepada kenderaan persendirian Kelas 1 dan bukan untuk tol di sempadan negara, iaitu Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin