
SHAH ALAM: Bekas panglima tentera darat (PTD), Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM145,000 di Mahkamah Sesyen di sini.
Dia didakwa menerima RM30,000 dan RM115,000 antara 19 Sept 2024 dan 19 Mei 2025 dalam akaun banknya di sebuah bank di Ampang Point.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
