
KUALA LUMPUR: Umno memberi amaran keras kepada rakan-rakan dalam kerajaan perpaduan agar tidak sesekali melanggar ‘garis merah’ dengan mencabar tiga teras utama negara membabitkan Melayu dan agama Islam.
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan merujuk pada hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kesucian Islam serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Beliau berkata, kerjasama politik bukan tiket percuma untuk melunakkan prinsip yang menjadi asas penubuhan Umno dan pembinaan negara.
“Rakan-rakan politik, terutamanya dari ideologi yang berbeza, perlu faham bahawa menyentuh atau mempertikaikan hak keistimewaan ini adalah satu pengisytiharan perang terhadap nurani orang Melayu.
“Kita boleh berkongsi kuasa, tetapi kita tidak akan berkongsi atau menggadaikan maruah bangsa,” katanya berucap merasmikan perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2025 malam ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL
