Kes Yayasan Akalbudi Zahid NFA

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
Zahid Hamidi sebelum ini peroleh DNAA berkait 47 tuduhan dalam kes Yayasan Akalbudi bagi membolehkan SPRM jalan siasatan lanjut. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kes Yayasan Akalbudi membabitkan Presiden Umno Zahid Hamidi, yang sebelum ini menyaksikan beliau dilepas tanpa dibebaskan (DNAA), kini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Zahid sebelum ini dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah berkait kes tersebut bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut.

Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini memaklumkan, pihaknya mendapati keterangan yang ada, hasil siasatan susulan SPRM, tidak mencukupi untuk meneruskan pendakwaan terhadap timbalan perdana menteri itu.

“Sehubungan itu, AGC memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut akan diambil dalam berhubung kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin