
BERLIN: Dua remaja 18 tahun maut daripada kecederaan parah pada muka akibat mercun buatan sendiri di Bandar Bielefeld, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik polis.
Kemalangan itu berlaku di lokasi berbeza di Bielefeld, dalam negeri Rhine Utara-Westphalia di barat Jerman pada malam ambang Tahun Baharu, menurut kenyataan polis pada awal pagi Khamis.
Pihak polis berkata, punca kematian mereka akibat pengendalian bahan piroteknik tidak betul.
Berdasarkan siasatan setakat ini, tiada bukti menunjukkan wujud kecuaian pihak ketiga dalam dua kes itu, kata polis.
