Zalim tolak menteri atas warna kulit, kaum, kata PM

Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh (kiri) dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek semasa mesyuarat Kabinet hari ini. (Gambar Facebook)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas pihak mempertikaikan pelantikan Hannah Yeoh sebagai menteri Wilayah Persekutuan baharu dalam rombakan Kabinet semalam.

“Menolak seseorang kerana warna kulit atau kaumnya…itu sesuatu yang sangat zalim pada zaman sekarang.

“Dan, kadang-kala saya tidak faham tahap sikap tidak bertoleransi sesetengah rakyat kita,” katanya dalam majlis minum petang bersama editor.

Yeoh, yang sebelum ini merupakan menteri belia dan sukan mengambil alih portfolio Wilayah Persekutuan yang sebelum ini diterajui oleh Dr Zaliha Mustafa, seorang daripada dua menteri yang digugurkan daripada Kabinet.

Dalam pada itu, Lo Su Fui daripada Gabungan Rakyat Sabah dilantik sebagai timbalan Yeoh.

Kritikan terhadap barisan Kabinet baharu itu termasuklah daripada PAS, yang mana Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan menyifatkan pelantikan dua pemimpin berbangsa Cina bagi portfolio Wilayah Persekutuan sebagai strategi sengaja mengukuhkan dominasi DAP di pusat bandar utama.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *