
PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook membidas Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh kerana mengisytiharkan secara unilateral bahawa Pakatan Harapan (PH) menjadi sebahagian kerajaan Sabah, pada malam keputusan pilihan raya diumumkan.
Loke berkata, DAP tidak dimaklumkan mengenai pengumuman itu dan tidak menyedari sidang media berkenaan diadakan, lapor China Press.
“Tidak. Saya boleh katakan ini secara terbuka. Tindakan itu salah sama sekali. Pengumuman sedemikian tidak sepatutnya dibuat; ia menjadikan kita bahan ketawa,” beliau dipetik sebagai berkata dalam satu audio siar berbahasa Cina semalam.
Loke berkata, PKR hanya menang satu kerusi pada PRN 29 Nov di Sabah dan menegaskan pembentukan kerajaan negeri sepatutnya diumumkan oleh parti yang mempunyai kerusi terbanyak.
“Pengumuman itu sepatutnya dibuat Hajiji Noor, pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Sekiranya mereka dapat memperoleh sokongan parti atau Adun lain, barulah mereka dapat membentuk kerajaan dan membuat pengumuman itu,” katanya.
Fuziah mengadakan sidang media pada malam pengundian dengan mendakwa PH dan GRS telah memperoleh jumlah diperlukan untuk membentuk kerajaan baharu Sabah.
PH sekadar menang satu kerusi – Melalap, yang ditandingi calon PKR – manakala DAP pula tumpas semua lapan kerusi dipertandingkannya.
Sebaliknya, GRS menang 29 kerusi. Selain PH, GRS turut bergabung dengan Barisan Nasional (BN), Upko, dan lima calon Bebas untuk membentuk pentadbiran negeri.

Need that ICG Bet login sorted out? It can be a pain sometimes! Hopefully, icgbetlogin makes it easy for you. Get in, place your bets, and have some fun!