Guru dakwa dipukul suami, cuba lari guna helah buang sampah

dera
Polis menyiasat kes guru dipukul di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

PETALING JAYA: Seorang guru wanita mendakwa dipukul suaminya dalam kejadian di sebuah di Salak Selatan, Cheras sebelum melarikan diri dengan bantuan ahli keluarganya.

Ketua Polis Cheras Aidil Bolhassan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5 Dis lalu, kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Menurut laporan, bagi mengelakkan terus dipukul mangsa yang berusia 26 tahun telah memberi alasan keluar rumah bagi membuang sampah sebelum bertindak melarikan diri dengan bantuan abangnya.

“Namun mereka telah bertembung dengan suaminya yang lalu bertindak mengejar mereka sehingga di Jalan Kampung Pasir Pantai Dalam.

“Suami mangsa telah melanggar belakang kereta abangnya sebanyak dua kali menyebabkan mereka hampir terbabas dan berjaya melarikan diri di Lebuhraya SPE,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *