
PUTRAJAYA: Bekas setiausaha politik kanan kepada perdana menteri Shamsul Iskandar Akin dan ahli perniagaan Albert Tei akan didakwa di mahkamah bermula esok atas dakwaan rasuah.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata kedua-duanya akan berdepan lima pertuduhan masing-masing empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok dan satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat.
“Seorang lagi individu Sofia Rini Buyong tidak akan didakwa kerana beliau adalah saksi pendakwaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM.
BERITA LANJUT MENYUSUL
