
PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah mengambil keterangan dan merakam percakapan sekumpulan lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan tidak bermoral di sebuah kelab kesihatan di ibu negara pada Jumaat lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata, individu-individu terbabit telah dipanggil ke Bahagian Penguatkuasaan Jawi untuk diambil keterangan dan dirakam percakapan bagi membantu siasatan, dan mereka memberikan kerjasama baik.
“Rakaman percakapan tersebut dijalankan berdasarkan Seksyen 59 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, individu terbabit disiasat berkaitan Seksyen 25 (Liwat), Seksyen 29 (Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam) dan Seksyen 47 (Percubaan) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan (Akta 559) 1997.
Tambahnya, pihak Jawi akan turut merakam percakapan saksi dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Mohd Na’im menyeru semua pihak agar tidak sekali-kali memandang remeh gejala keruntuhan moral ini.
Jika dibiarkan, katanya, gejala seperti ini mampu menghancurkan jati diri generasi akan datang serta mencemarkan maruah negara.
Beliau turut menekankan kepentingan institusi dakwah memperhebat usaha penerangan tentang kefahaman Islam yang murni kepada masyarakat.
Dilaporkan pada Jumaat lepas, 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan ibu negara, yang turut melibatkan rampasan kondom dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral.

https://shorturl.fm/DvcZz
производство сэндвич фургонов Новые фургоны на Газель – это надежный и экономичный транспорт для вашего предприятия.