BN, PH sertai kerajaan perpaduan Hajiji

ph-bn
Barisan Nasional dan Pakatan Harapan secara rasmi bersama GRS membentuk kerajaan Sabah bawah pentadbiran Hajiji Noor.

KOTA KINABALU: Pentadbiran Hajiji Noor mengumumkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) secara rasmi bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membentuk kerajaan Sabah.

Kedudukan STAR dalam kerajaan bagaimanapun masih belum rasmi, setakat ini.

Perkara tersebut diumumkan Timbalan Ketua Menteri I Dr Joachim Gunsalam, yang mewakili Hajiji, pada sidang media di Sri Gaya, petang tadi.

GRS, BN dan PH merupakan rakan kerjasama di peringkat kerajaan persekutuan bawah pentadbiran Anwar Ibrahim, yang juga pengerusi PH.

Penyertaan PH dapat dijangka, memandangkan GRS sebelum ini menyatakan kesediaan untuk meneruskan kerjasama antara mereka, yang terjalin dalam penggal pentadbiran Hajiji yang lalu.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *