Warga emas disyaki dibunuh dengan cangkul

Ketua Polis Manjung, Hasbullah Abd Rahman, kata polis sedang siasat kematian seorang warga emas, dipercayai dibunuh dengan cangkul. (Gambar Facebook)

IPOH: Seorang warga emas ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh dengan menggunakan cangkul di sebuah rumah di Kampung Koh, Manjung.

Ketua Polis Manjung, Hasbullah Abd Rahman, berkata mayat lelaki berusia 78 tahun itu ditemukan di ruang tamu oleh ahli keluarga pada 12 tengah hari.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan telentang dan berlumuran darah akibat kecederaan pada bahagian kepala dan muka.

“Pihak polis turut menjumpai sebatang cangkul terdapat kesan darah disyaki senjata digunakan suspek,” menurut kenyataan.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun. Bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan tumpul dan tajam pada kepala.

Siasatan lanjut termasuk motif kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang awam mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat, Mohd Azalan Ab Karim, menerusi talian 019-3927837, Bilik Gerakan IPD Manjung 05-688 6222 atau hotline WhatsApp 017-6828005 untuk membantu siasatan.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *