Pengerusi GRS Hajiji Noor kali pertama dilantik sebagai ketua menteri Sabah pada September 2020.
KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah, sekali gus menamatkan secara rasmi proses PRN ke-17.
Hajiji mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu, awal pagi ini.
Setakat ini, GRS secara rasmi memenangi 29 kerusi. Hajiji juga difahamkan mendapat sokongan lima calon bebas yang menang, tiga Adun Upko dan seorang Pakatan Harapan.
Gabungan sokongan ini memberikan beliau majoriti 38 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.
Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi berkata gabungan itu bersedia bekerjasama dengan parti lain yang ‘sehaluan’ untuk membentuk kerajaan negeri.
Hajiji kali pertama dilantik sebagai ketua menteri Sabah pada September 2020.
