Hajiji Noor dilaporkan menang tidak rasmi di DUN Sulaman.
PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendahului PRN Sabah dengan lapan kemenangan secara tidak rasmi setakat ini.
Pengerusi GRS Hajiji Noor yang juga ketua menteri sementara mempertahankan DUN Sulamanan manakala Setiausaha Agung Masidi Manjun mengekalkan kerusi Karanaan.
Kerusi lain Pintasan (Pandikar Amin Mulia), Membakut (Ariffin Arif), Kemabong (Rubin Balang), Apas (Nizam Abu Bakar Titingan), Kuamut (Masiung Banah), Banggi (Mohammad Mohamarin) dan Sungai Manila (Hazem Mubarak Musa).
Warisan pula dilaporkan menang tidak rasmi di Elopura, Tanjung Papat, Bugaya, Sri Tanjong, Luyang dan Tanjung Aru.
Barisan Nasional pula dilaporkan menang tidak rasmi di Lamag melalui Bung Moktar Radin, Usukan (Salleh Said Keruak) dan Sekong (Mohd Zharif Aizat Samsudin)
