Cadangan kaunseling cetus kecoh, 2 Ahli Parlimen diarah keluar Dewan

Speaker Alice Lau arah Mohd Sany Hamzan dan Awang Hashim tinggalkan sidang Dewan Rakyat selama setengah jam susulan pertikaman lidah antara mereka.

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat kecoh seketika apabila berlaku pertikaman lidah antara Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) dan Awang Hashim (PN-Pendang) berkaitan ‘isu fitnah memfitnah’

Situasi itu menyebabkan Speaker Alice Lau mengarahkan kedua-duanya keluar Dewan selama 30 minit.

Sebelum itu, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang sedang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat dicelah Sany berhubung keperluan mewujudkan lebih ramai kaunselor dalam negara.

Sany yang turut memetik nama Awang dan keperluan supaya Ahli Parlimen yang terbabit fitnah diberikan kaunseling.

“Setuju tak Ahli Parlimen yang kerap tabur fitnah ni, jaja amalan fitnah … diberikan kaunseling oleh kaunselor?” cadang Sany yang kemudiannya dibantah Awang dengan membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 Dewan Rakyat.

Dewan terus kecoh mendorong Lau kemudiannya melarang semua Ahli Parlimen mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah.

“Saya arahkan yang berhormat Hulu Langat dan Pendang keluar sekejap … setengah jam,” katanya.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *