10,469 mangsa banjir di Semenanjung, Kelantan tertinggi

Seramai 8,248 mangsa banjir di Kelantan dipindahkan ke 33 PPS di Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di Semenanjung Malaysia meningkat kepada 10,469 orang setakat 8.45 pagi ini berbanding hampir 9,000 orang malam tadi.

Kelantan paling teruk terjejas dengan 8,248 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke 33 pusat pemindahan sementara (PPS) di Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di tengah-tengah musim monsun timur laut.

Di Perak, 946 mangsa banjir ditempatkan di 16 PPS di Manjung, Perak Tengah, Larut-Matang-Selama dan Batang Padang.

Di Kedah, 342 orang dipindahkan di Kulim, manakala Perlis merekodkan 310 mangsa banjir di Padang Besar dan Kangar.

Pulau Pinang turut terjejas dengan 242 orang dipindahkan di Seberang Perai.

Terdapat 282 mangsa banjir di Besut, Terengganu dan 55 orang di Sabak Bernam, Selangor pagi ini.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *