Tanah runtuh Wang Kelian, hampir 400 terkandas

APM lancar operasi menyelamat melibatkan Kampung Wang Kelian serta beberapa kampung lain di Padang Besar, susulan banjir. (Gambar Facebook APM Perlis)

KANGAR: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, sekitar 1 tengah hari tadi berikutan hujan berterusan sejak awal pagi.

Ketua Polis Padang Besar, Shokri Abdullah, berkata mereka terdiri daripada 300 rakyat Malaysia yang pulang dari Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian dan selebihnya penduduk setempat.

Shokri berkata mereka kini ditempatkan di Masjid Nurul Husna, Wang Kelian.

“Keadaan mereka selamat di masjid ini sebab kawasan situ agak tinggi. Pihak polis bersama agensi lain seperti bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kerja Raya berada di sana bagi membuat pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya.

Shokri berkata setakat malam tadi laluan di jalan berkenaan masih belum dibuka kerana bimbang berlaku pergerakan tanah memandangkan keadaan masih hujan.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *