Yuran pengajian percuma antara janji manifesto PH Sabah

Ketua PKR Sabah, Mustapha Sakmud bentang manifesto PH Sabah bersempena PRN. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Yuran pengajian pendidikan tinggi percuma antara janji manifesto Pakatan Harapan (PH) Sabah, bersempena PRN.

Ia menjanjikan yuran pengajian percuma kepada pelajar yang layak, “bagi memastikan akses saksama kepada pendidikan tinggi berkualiti”, menurut manifesto yang dibentangkan hari ini.

Ia antara 10 perkara yang dijanjikan oleh gabungan nasional itu, di samping membangunkan sistem rel ringan iaitu Kota Kinabalu Light Rail (KKLR), dan membina rumah berharga bawah RM250,000 dengan keutamaan kepada pembeli rumah pertama, keluarga muda, dan golongan B40.

Penggantian paip lama bagi memastikan bekalan air konsisten, membina loji janakuasa baharu untuk meningkatkan bekalan elektrik, serta selenggara jalan secara berterusan turut dijanjikan.

Pembentangnya, Ketua PKR Sabah, Mustapha Sakmud, berkata terdapat lapan komitmen yang khusus untuk membantu rakyat, memperbaiki prasarana, mengukuh tadbir urus serta merancakkan ekonomi Sabah.

“PH tak janjikan bulan dan bintang tetapi kembali kepada perkara asas iaitu dengan pendekatan berani dan radikal,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *