Polis pintas bot bawa 30 warga asing

Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata kes disiasat bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Polis menahan 30 warga asing termasuk sembilan wanita dalam sebuah bot yang dipercayai dalam perjalanan ke kawasan pesisiran pantai di Sabak Bernam pada 12.15 tengah malam semalam.

Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata pihaknya mengesan sebuah bot kayu pom-pom tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan dan kemudiannya berjaya memintas mereka di kawasan pesisiran Pantai Sungai Pulai sebelum tekong bot itu diarahkan untuk berhenti.

“Hasil tindakan pantas dan bersepadu, polis berjaya menahan 30 warga asing termasuk sembilan wanita berusia lingkungan 21 hingga 49 tahun.

“Turut dirampas dalam operasi berkenaan ialah dua telefon bimbit dipercayai digunakan dalam aktiviti penyeludupan migran,” katanya dalam kenyataan.

Shazeli berkata kes disiasat bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

Author:

1 thought on “Polis pintas bot bawa 30 warga asing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *