Anwar tetap agenda ‘Sabah Baharu’ untuk bakal kerajaan negeri

Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan tetap memainkan peranan penting dalam memastikan tadbir urus negeri berada pada tahap terbaik meskipun tidak bertanding banyak kerusi pada PRN itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan Sabah yang baharu kelak harus menumpukan usaha membangunkan ‘Sabah Baharu’, dengan memajukan projek dan pembangunan dalam semua bidang bagi merealisasikan potensi besar negeri itu, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim.

Berucap dalam satu majlis makan malam bersama komuniti Cina di Kota Kinabalu, Anwar berkata beliau tidak mahu Sabah terus dibelenggu gejala rasuah dan salah guna kuasa selepas selesainya PRN 29 Nov ini.

“Kita mahu kerajaan negeri ini sama-sama bekerja dan semak (segala pembangunan), seperti mana kita (kerajaan persekutuan) buat bersama-sama (dengan kerajaan negeri ketika ini). Tiada lagi perkara remeh-temeh,” katanya yang dipetik Bernama sebagai berkata.

Katanya, PH tetap memainkan peranan penting dalam memastikan tadbir urus negeri berada pada tahap terbaik meskipun tidak bertanding banyak kerusi pada PRN itu.

Program ceramah perdana dan makan malam bersama masyarakat Cina yang turut dihadiri Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *