KDM umum calon baharu di DUN Kemabong

KDM menamakan Yabri Onos (kiri) sebagai calon di DUN Kemabong manakala kerusi DUN Inanam akan diwakili Lewis Wong, menggantikan George Guntarik.

PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan pertambahan seorang lagi calon bagi PRN Sabah, sekali gus memuktamadkan 40 nama setakat ini.

Setiausaha Agungnya, Willie Jude, berkata parti itu menamakan Yabri Onos sebagai calon di DUN Kemabong.

Beliau juga turut memaklumkan terdapat pertukaran calon bagi DUN Inanam.

“Sebelum ini, telah diumumkan calon bagi kawasan itu adalah George Guntarik namun Pimpinan Tertinggi telah memutuskan calon di Inanam yang terbaharu ialah Lewis Wong,” katanya.

Jelasnya, pertukaran itu dibuat adalah sebahagian daripada strategi parti dalam menghadapi PRN Sabah ke-17.

Semalam, KDM mengumumkan ia akan meletakkan seramai 39 calon, kurang satu daripada 40 yang dijanjikan sebelum ini.

Parti itu turut menamakan beberapa tokoh berprofil tinggi antaranya anak kepada bekas menteri Sabah Priscella Peter, seniman veteran Sabah, Abu Bakar Ellah, bekas wakil rakyat DAP, Poon Ming Fung dan Liau Fui Fui.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *