EAIC kata keputusan untuk tidak melibatkan Yusof Ismail dalam pelaksanaan pasukan petugas khas adalah langkah pentadbiran, dan tidak jejas kredibiliti beliau. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Ahli Pesuruhjaya Yusof Ismail secara sukarela menarik diri daripada pasukan petugas khas berkait pemain bola sepak warisan bagi memastikan integriti, ketelusan, dan kebebasan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) daripada sebarang potensi percanggahan peranan.
EAIC menjelaskan Yusof sendiri memilih untuk menarik diri secara sukarela daripada penglibatan dalam pasukan itu, memandangkan beliau juga ahli jawatankuasa khas siasatan bebas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“EAIC ingin menjelaskan bahawa keputusan untuk tidak melibatkan Yusof dalam pelaksanaan pasukan petugas khas tersebut adalah langkah pentadbiran…”
“Keputusan ini sama sekali tidak menjejaskan kedudukan mahupun kredibiliti Yusof sebagai ahli pesuruhjaya EAIC,” menurut kenyataan.
EAIC menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan kegagalan pengesahan dokumen pengenalan dan pematuhan tatacara operasi standard (SOP) dalam proses kewarganegaraan tujuh pemain warisan Malaysia.
Pasukan diketuai Timbalan Pengerusi Prasad Sandosham Abraham itu ditugaskan untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap aspek integriti, tadbir urus dan pematuhan prosedur yang berkaitan dalam pengurusan serta pengesahan dokumen pemain-pemain berkenaan.
Bulan lalu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengambil tindakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan selepas mendapati dokumen dihantar bagi mengesahkan kelayakan mereka untuk beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun adalah palsu.
Pemain itu adalah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
FAM didenda 350,000 franc Swiss (kira-kira RM1.8 juta) manakala setiap pemain dikenakan denda 2,000 franc Swiss (kira-kira RM10,560) serta digantung 12 bulan.
FAM memfailkan rayuan selepas menerima penghakiman penuh badan bola sepak dunia itu pada 7 Okt.
Bagaimanapun, Fifa menolak rayuan itu dan mengekalkan semua hukuman.
Pasukan bola sepak kebangsaan juga akan dipotong mata dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 yang sedang berlangsung.
Susulan keputusan itu, Pemangku Presiden FAM, Yusoff Mahadi, berkata pihaknya akan menulis kepada Fifa untuk mendapatkan alasan penuh keputusan sebelum membawa kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan.

all inclusive gulet cruises Easy communication via WhatsApp and email. https://golitech.com/antalyas-coastal-stories-history-and-sea-with-turkey-tour-packages/
egypt holiday packages Zoe D. Our balloon pilot Mustafa was a legend — calm, professional, and funny. https://iadwpeurasia.com/listing/10-day-delightful-honeymoon-tour-turkey/
This is one of the best explanations I’ve read on this topic.
So simple, yet so impactful. Well written!