Kerajaan putuskan esok sama ada rayu keputusan tuntutan 40% hak Sabah

GRS dan pihak lain telah menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi mengenai hak Sabah terhadap 40% hasil persekutuan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan akan membuat keputusan esok sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa Putrajaya telah bertindak secara tidak sah kerana gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40% hasil persekutuan selama hampir lima dekad.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat khas Jemaah Menteri akan diadakan esok, lapor Bernama.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS), salah satu parti utama dalam kerajaan, serta beberapa pihak lain telah menggesa Putrajaya agar tidak merayu terhadap keputusan itu, sebaliknya mengadakan rundingan konstruktif berhubung perkara tersebut.

Isu itu telah membawa kepada peletakan jawatan presiden Upko, Ewon Benedick, sebagai menteri pembangunan usahawan dan koperasi, berikutan pendirian yang diambil oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai hak 40% hasil persekutuan tersebut.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *