Barisan Nasional mengumumkan nama 41 calon sempena PRN Sabah ke-17. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan bertanding 41 daripada 73 kerusi sempena PRN Sabah, di sebalik kerjasama dengan Pakatan Harapan serta pertembungan dengan Gabungan Rakyat Sabah dan Warisan.
Seperti dijangka Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin, mempertahankan Lamag yang diwakilinya sejak 2020.
BN juga meletakkan harapan pada Arthur Joseph Kurup di Sook, Abdul Rahman Dahlan di Tempasuk, Salleh Said Keruak di Usukan, dan Yakubah Khan di Karambunai.
BN turut mempertaruhkan Jeffrey Noor Mohamed di Tanjung Keramat, Mohammad Arifin Pachuk di Sugut, Harun Durabi di Bengkoka, Samasuddin Yusop di Tanjung Batu dan Suhaimi Nasir di Sungai Sibuga.
Tanjung Keramat, Sugut, Tanjung Batu, dan Sungai Sibuga masing-masing diduduki oleh Shahelmey Yahya (timbalan ketua menteri III), James Ratib (menteri), Andi Muhammad Suryady Bandy (pembantu menteri), dan Hamsan Awang Supain (pembantu menteri) sebelum ini; manakala Harun (pembantu menteri) mempertahankan kerusinya.
BN memenangi 14 kerusi pada PRN 2020, namun beberapa wakil rakyatnya kemudian memilih untuk menyokong pentadbiran Hajiji Noor.
Pada 20 Sept lalu, Bung Moktar menyifatkan PRN ke-17 sebagai ‘pertempuran akhir’ untuk memastikan BN kembali menguasai kerajaan negeri.
Seramai 1.78 juta pengundi berdaftar layak memilih wakil rakyat bagi membentuk kerajaan baharu Sabah pada 29 Nov. Penamaan calon akan diadakan pada 15 Nov.
Berikut senarai kerusi dan calon yang diumumkan oleh Bung Moktar petang tadi:
1. Banggi – Normalah Rasik
2. Bengkoka – Harun Durabi
3. Pitas – Bolkiah Ismail
4. Tanjung Kapur – Kevin Lee Sip Kin
5. Pintasan – Tadzul Radim
6. Tempasuk – Abdul Rahman Dahlan
7. Usukan – Salleh Said Keruak
8. Sulaman – Shahnon Rizal Thaijuddin
9. Pantai Dalit – Alfian Sambas
10. Karambunai- Yakubah Khan
11. Darau – Arfansyah Abdul Gafar
12. Tanjung Keramat – Jeffery Noor Mohamed
13. Kawang – Jamal Norubit @ Nerub
14. Pantai Manis – Redzuan Ismail @ Gari
15. Bongawan – Mohamad Al-Amin
16. Membakut – Rusman Dulamit
17. Klias – Osin Jilon
18. Kuala Penyu – Awang Aslee Laka
19. Lumadan – Mohd Nazri Abdullah
20. Kundasang – Japirin Sahadi
21. Karanaan – Nadzmin Kamin
22. Paginatan – Jemadi @ Junaidi Sahat
23. Liawan – Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi
24. Sook – Arthur Joseph Kurup
25. Nabawan – Laiji Ompongoh
26. Telupid – Benedict Asmat
27. Sugut – Mohammad Arifin Pachuk
28. Labuk – Yusuf Latif
29. Sungai Manila – Zaini Tiksun
30. Sungai Sibuga – Suhaimi Nasir
31. Sekong – Mohd Zharif Aizat Samsuddin
32. Lamag – Bung Moktar Radin
33. Sukau – Jafry Ariffin
34. Tungku – Saleha Wahid
35. Silam – Sharif Musa Sharif Mabul
36. Kunak – Anil Jeet Singh
37. Bugaya – Abdul Manan Indanan
38. Balung – Erwan Palateh
39. Apas – Elmiariezan Ardan
40. Tanjung Batu – Samasuddin Yusop
41. Sebatik – Aslan Fadli Samsul Alang
