Ewon letak jawatan menteri Kuskop

Ewon Benedick sebelum ini nyata kesediaan lepas jawatan menteri jika kerajaan persekutuan rayu keputusan Mahkamah Tinggi sahkan hak Sabah terima 40% hasil dikutip dari negeri itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ewon Benedick malam ini memaklumkan beliau telah meletak jawatan sebagai menteri pembangunan usahawan dan koperasi.​

Terdahulu, Ahli Parlimen Penampang itu dilaporkan mencetuskan spekulasi mengenai kedudukannya dalam Jemaah Menteri selepas menghadiri sebuah majlis perpisahan yang dianjurkan oleh kakitangan kementeriannya di Putrajaya.

Berita Harian memetik sumber melaporkan, Ewon turut mengumumkan beliau akan bercuti dari 11 hingga 29 Nov namun tidak mengulas mengenai peletakan jawatannya sebagai menteri.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *