Ibu Zayn Rayyan disabit tuduhan pengabaian

Ismanira Abdul Manaf berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda RM50,000, atau kedua-duanya sekali.

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendapati ibu kepada kanak-kanak autistik berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matin, bersalah atas tuduhan pengabaian.

Hakim Syahliza Warnoh menyampaikan keputusan itu pagi tadi dengan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, Ismanira Abdul Manaf, 30 tahun.

Ismanira berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun, denda RM50,000, atau kedua-duanya sekali.

Prosiding diteruskan dengan hujahan mitigasi oleh peguam bela Ismanira dan hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *