Import LNG AS sebahagian strategi keselamatan tenaga Petronas

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, berkata Petronas mengimport LNG kerana komitmen bekalan jangka panjangnya melebihi kapasiti pengeluaran semasa. (Gambar AFP)

KUALA LUMPUR: Menteri pelaburan, perdagangan dan industri Tengku Zafrul Aziz berkata Petronas sudah sekian lama mengimport gas asli cecair (LNG) dari beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), sebagai sebahagian strategi komersial dan keselamatan tenaga syarikat itu.

Beliau berkata, langkah itu memastikan kestabilan bekalan LNG, sekali gus membolehkan syarikat minyak nasional tersebut memenuhi tanggungjawabnya kepada pelanggan tempatan dan antarabangsa.

“Petronas sebenarnya dari dulu lagi membeli LNG dari pelbagai negara termasuk AS. Sebelum pengumuman tarif pun Petronas dah beli LNG dari AS.

“Tapi sebab kita tak kerja di Petronas, bila dengar pengumuman sahaja, terus melompat, sedangkan perkara ini bukan baharu.

“Perolehan ini merupakan sebahagian daripada strategi komersial bagi memastikan kestabilan bekalan serta memenuhi komitmen kontrak domestik dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan menteri di Dewan Rakyat berkait perjanjian perdagangan Malaysia-AS.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *