Mohd Khalid Ketua Polis Negara baharu

Mohd Khalid Ketua Polis Negara baharu

KUALA LUMPUR: Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu menggantikan Tan Sri Razarudin Husain berkuat kuasa hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas jawatan itu berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, disaksikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan turut dihadiri Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mohd Khalid, 60, pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam Cawangan Khas PDRM termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018, sebelum dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 6 Sept 2021.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *