Anwar harap syarikat swasta ikut contoh Khazanah tetap gaji minimum

Anwar harap syarikat swasta ikut contoh Khazanah tetap gaji minimum

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji langkah Khazanah Nasional Bhd menetapkan gaji minimum RM3,000 sebulan untuk 113,000 pekerjanya dan berharap semua syarikat swasta mencontohi tindakan itu.

Mengakui kepentingan syarikat swasta untuk mencatatkan keuntungan, namun beliau berkata harus ada iltizam daripada pihak pengurusan syarikat swasta, untuk menjamin keselesaan pekerja mereka.

“Ya, semua syarikat harus mencatatkan keuntungan, tetapi ibarat kata seorang pemimpin Indonesia Mohammad Natsir, ‘janganlah sambil membangunkan gedung, mencatatkan keuntungan, tetapi kita robohkan nilai kehidupan anak-anak bangsa yang bekerja’.

“Biarlah ada sedikit kefahaman tentang apa nilai kemanusiaan dan apa nilai keadilan, ini melangkaui tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh Khazanah,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-30 Khazanah Nasional, di sini hari ini.

Anwar berkata langkah Khazanah itu juga selaras dengan pengumumannya baru-baru ini mengenai pelarasan gaji penjawat awam untuk menerima pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM2,000.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *