KPDN sita 1,207 aksesori telefon bimbit tiruan

KPDN sita 1,207 aksesori telefon bimbit tiruan

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita 1,207 aksesori telefon bimbit jenama terkenal yang disyaki tiruan dianggarkan bernilai RM33,104 selepas menyerbu empat premis di sini semalam.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata serbuan secara serentak itu dilakukan susulan aduan diterima daripada wakil pemilik cap dagang jenama berkenaan.

“Barangan disita antaranya bateri, wayar pengecas, penyesuai sambungan dan alat fon telinga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan terhadap empat premis itu yang turut menjalankan jualan secara dalam talian dilakukan mengikut Akta Cap Dagangan 2019.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *