Dakwaan gangguan seksual di HRPB: Polis tidak terima sebarang laporan daripada mangsa

Dakwaan gangguan seksual di HRPB: Polis tidak terima sebarang laporan daripada mangsa

IPOH: Polis setakat ini belum menerima sebarang laporan daripada mangsa berhubung dakwaan gangguan seksual serta ugutan, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (gambar) berkata pihaknya hanya menerima lima laporan daripada doktor yang ditohmah, dalam kes berkenaan.

“Kita meminta mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Sebelum ini tular surat layang yang dimuat naik dalam Facebook dan aplikasi X, yang mendakwa doktor di hospital tersebut sering melakukan gangguan seksual terhadap doktor pelatih wanita, khususnya di Jabatan Ortopedik dan mengugut untuk memanjangkan tempoh latihan mereka.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Feisul Idzwan Mustapha kemudian dilapor berkata pihaknya menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas, bagi menyiasat dakwaan berkenaan. -Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *