SINGAPURA: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam, di sini pada Khamis.
Acryl Sani yang juga pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menerima penghargaan itu sebagai mengiktiraf peranannya dalam mengukuhkan hubungan dua hala yang rapat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Polis Singapura (SPF).
SPF berkata kepimpinan beliau dalam PDRM telah meningkatkan keselamatan kedua-dua negara dengan menentang ancaman pengganasan, dadah dan jenayah rentas sempadan.
“Di bawah kepimpinan beliau, kerjasama antara PDRM dengan SPF diperkukuh dengan ketara. Kedua-dua pasukan meningkatkan kerjasama terutamanya dalam bidang siasatan, pertukaran maklumat dan perisikan, serta pembangunan keupayaan,” katanya dalam catatan Facebook, pada Sabtu.
Pesuruhjaya Polis Singapura, Hoong Wee Teck, berkata: “Kami akan terus bekerja rapat dengan Polis Diraja Malaysia untuk memerangi jenayah rentas sempadan dan menangani cabaran keselamatan baru.”
Semasa di sini, Acryl Sani turut membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Hoong. Bernama

I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article.
Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.
Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?
Thanks for sharing. I read many of your blog posts, cool, your blog is very good.