JERANTUT: Seorang pemandu lori balak maut digilis sebuah jentera berat selepas tergelincir dan jatuh dari kenderaannya semasa sedang mengikat kayu balak dalam kemalangan di Kilometer (KM) 26 Jalan Jerantut-Padang Piol di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azman Mat Kamis berkata kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu Saifulnizam Zakaria, 41, yang beralamat di Kuala Lipis, Pahang meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa Saifulnizam sedang mengikat muatan balak di atas lorinya menggunakan rantai besi.
“Semasa mengikat balak tersebut, mangsa telah tergelincir lalu terjatuh di belakang kenderaannya. Pada masa sama, pemandu jentera berat yang sedang mengangkat balak tidak menyedari mangsa terjatuh sebelum menggilis mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan. – Bernama

Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you.
Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks!