Sembilan rumah tidak kekal musnah dalam kebakaran di Bongawan

Sembilan rumah tidak kekal musnah dalam kebakaran di Bongawan

KIMANIS: Sebanyak sembilan rumah jenis tidak kekal musnah, manakala dua lagi terbakar 10 peratus dalam kejadian kebakaran di Kampung Laut Bongawan di sini tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Hamsa Isnurdini berkata pihaknya menerima laporan pukul 12.02 tengah hari, sebelum 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, BBP Beaufort, BBP Papar dan Zon Beaufort bergegas ke tempat kejadian.

“Operasi pemadaman dilakukan dengan tiga aliran pancutan (hos) 60.96 meter, serta sumber air daripada jentera bomba.

“Anggaran keluasan keseluruhan kebakaran ialah 43,873 kaki persegi (4,075.93 meter persegi) dan tiada kematian atau kecederaan teruk mangsa dilaporkan setakat ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebakaran dapat dikawal pada 12.56 tengah hari dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Bongawan terletak 77 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu. -Bernama

Author:

1 thought on “Sembilan rumah tidak kekal musnah dalam kebakaran di Bongawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *