Saifuddin: KDN tambah baik proses permohonan taraf kewarganegaraan

Saifuddin: KDN tambah baik proses permohonan taraf kewarganegaraan

IPOH: Proses temu duga yang lebih santai antara yang sedang dipertimbangkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menambah baik permohonan bagi mendapatkan taraf kewarganegaraan melalui penaturalisasian.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan meneliti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memudahkan permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 19 (1) Perlembagaan Persekutuan itu.

“Antaranya kaedah pelaksanaan temu duga tidak terlalu ketat, tidak terlalu skema dan kita hendak olah dalam suasana yang lebih santai, kondusif dan menghilangkan rasa gemuruh,“ katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Menyemai Kasih Rakyat Bersama Menyantuni Penghuni Rumah Seri Kenangan, Ulu Kinta di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 12,000 permohonan kewarganegaraan daripada 49,000 keseluruhan yang sedang diproses oleh JPN merupakan di bawah Perkara 19 (1) ketika ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan Program Ujian Pengetahuan Bahasa Melayu (UPBM) di Kompleks KDN di sini yang dihadiri seramai 56 pemohon taraf kewarganegaraan mengikut proses penaturalisasian itu yang berusia antara 70 hingga 100 tahun. -Bernama

Author:

2 thoughts on “Saifuddin: KDN tambah baik proses permohonan taraf kewarganegaraan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *