KUALA LUMPUR: Tiga lelaki warga Bangladesh maut selepas dipercayai dirempuh komuter dalam insiden di landasan KTM Puncak Utama Jade Hill, semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada 10.53 malam.
Katanya satu jentera bomba dengan lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kesemua mangsa berumur lingkungan 30 hingga 40-an tidak tersepit namun tercampak ke sisi landasan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi tamat pada 12.15 pagi dan kes diserah kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut. – Bernama

Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?
Thanks for sharing. I read many of your blog posts, cool, your blog is very good.