PM: Perkeso, Kementerian Sumber Manusia diberi tempoh sebulan sedia modul ‘upskilling’ baharu

PM: Perkeso, Kementerian Sumber Manusia diberi tempoh sebulan sedia modul ‘upskilling’ baharu

SHAH ALAM: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kementerian Sumber Manusia diberi tempoh sebulan untuk menyediakan modul latihan peningkatan kemahiran yang baharu bagi melahirkan pekerja lebih berkompetensi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (pix) berkata peningkatan kemahiran membolehkan negara bersaing dalam pasaran pekerjaan yang lebih sofistikated khususnya bidang yang mempunyai permintaan tinggi oleh pemain industri.

Beliau berkata perubahan teknologi yang pesat pada masa kini menuntut jabatan itu melakukan anjakan paradigma dan tidak lagi terikat dengan sebarang kaedah lama yang dianggap lapuk serta penuh dengan karenah birokrasi.

“Itulah tujuan saya hadir pada hari ini iaitu bagi memperkukuh keterangkuman, memastikan kita beralih dengan anjakan baharu dan tidak terikat melainkan dengan sistem atau pendekatan yang baik dan perlu dipertahankan.

“Untuk itu, saya bagi tempoh satu bulan kepada Perkeso dan kementerian bagi kemukakan cadangan bagaimana kita boleh adakan kejutan baharu dalam bentuk program, latihan upskilling yang jauh lebih hebat dari apa yang kita lakukan sebelum ini,” katanya. -Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *