Kaunter pendaftaran PADU di PEDi Kampung Tersusun Batu 8 dibuka dua hari

Kaunter pendaftaran PADU di PEDi Kampung Tersusun Batu 8 dibuka dua hari

IPOH: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Perak akan membuka kaunter fizikal Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta dekat sini selama dua hari bermula hari ini.

DOSM Perak menerusi laman Facebook memaklumkan kaunter berkenaan akan dibuka pukul 9 pagi hingga 6 petang untuk memudahkan penduduk di kawasan itu membuat pendaftaran dan mengemas kini maklumat dalam sistem itu.

Pengunjung diingatkan membawa beberapa dokumen dan maklumat semasa proses mendaftar dan mengemas kini di kaunter fizikal itu antaranya maklumat bank, pendapatan dan komitmen selain kad pengenalan dan telefon bimbit.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak Mohd Azlan Helmi Helmi berkata 70 PEDi dan 13 Pejabat Penerangan Daerah di Perak akan digunakan khusus untuk membantu masyarakat mendaftarkan diri dalam sistem PADU.

Menurutnya, kerajaan negeri optimis 1.8 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas di negeri ini akan mendaftar dalam sistem PADU menjelang hujung Mac nanti.

Setakat 7 Jan, DOSM Perak merekodkan 71,409 penduduk telah mendaftar dalam sistem berkenaan sejak dilancarkan 2 Jan lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PADU dibangunkan menerusi kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, DOSM serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), selain dibantu pelbagai pihak di peringkat negeri.

Menerusi sistem itu, semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data melalui portal PADU serta mengemas kini dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan. – Bernama

Author:

1 thought on “Kaunter pendaftaran PADU di PEDi Kampung Tersusun Batu 8 dibuka dua hari

  1. Die meisten Monaco Sehenswürdigkeiten befinden sich in den Bezirken Monte Carlo und auf dem Altstadt Berg (Monaco Ville).

    Monaco ist gerade mal 2 Quadratkilometer groß, du kannst den Stadtstaat also locker an einem
    einzigen Tag besichtigen. Wenn du über diese Links etwas
    kaufst oder buchst, erhalten wir eine kleine Provision.
    Der Hafen bietet als große, maritime Sehenswürdigkeit Monacos Platz für bis zu 700 Boote.

    Während du am Hafen entlangflanierst, kannst du
    auf die glänzenden Jachten und gigantischen Kreuzfahrtschiffe
    schauen. Nach dem Besuch des Ozeanographischen Museum ist dein Smartphone weg?
    Und in der Sehenswürdigkeit in Monaco wird sehenswerte zeitgenössische
    Kunst ausgestellt. Spektakulär thront der Museumsbau am Hang des Felsens von Monaco-Ville über dem Mittelmeer.

    References:
    https://online-spielhallen.de/wunderino-casino-mobile-app-dein-umfassender-guide-fur-unterwegs/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *