Memupuk semangat anak muda dalam aktiviti kesukarelawanan dan kebajikan.

Memupuk semangat anak muda dalam aktiviti kesukarelawanan dan kebajikan.

Red Patriot merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan di Taman Medan, Petaling Jaya, oleh sekumpulan pemuda dan diterajui sepenuhnya oleh anak muda.

Presiden Red Patriot, Muhammad A’linur Ahlam Abu Bakar, 24, berkata tujuan utama organisasi ini ditubuhkan adalah untuk menanam semangat kesukarelawanan dalam kalangan anak muda agar dapat melahirkan insan yang lebih berjiwa besar.

“Selain itu, melalui aktiviti-aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh Red Patriot, pelbagai kemahiran juga dapat diasah seperti kemahiran komunikasi, mengelola program, menjadi pemimpin dan banyak lagi dapat dikongsikan bersama.

Pada 15 November 2023 yang lalu Red Patriot telah berjaya menjalankan program pertama mereka iaitu program bantuan makanan dan foodbank kepada institusi-institusi pendidikan di sekitar Petaling Jaya. Antaranya Sekolah Kebangsaan (2) Petaling Jaya dan Universiti Malaya.

A’linur Ahlam berkata objektif utama program ini adalah “zero hunger” dimana ketika berhadapan situasi ekonomi yang agak mencabar ini terdapat pelajar-pelajar yang perbelanjaannya terhad dan ada juga diantara mereka yang tidak mampu untuk membeli makanan.

“Kami juga menyediakan bantuan kupon makanan kepada pelajar yang memerlukan. Kupon tersebut boleh digunakan oleh pelajar ketika hendak membeli makanan di kantin.

“Bagi foodbank pula, makanan-makanan yang kami sediakan adalah produk alternatif dan produk tempatan yang tidak ada kaitan dengan sumbangan ke Israel,” katanya.

A’linur Ahlam berkata program tersebut mendapat penerimaan yang sangat positif daripada pihak sekolah dan juga pelajar-pelajar yang mendapat manfaat daripada program yang dijalankan oleh organisasi tersebut.

“Kami berharap program ini dapat membantu para pelajar yang mempunyai masalah kewangan terutamanya untuk membeli makanan.

“Program bantuan makanan dan foodbank ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang ke institusi-institusi pendidikan lain di sekitar Petaling Jaya dan Selangor.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *