Onn Hafiz: Imigresen Johor diarah tangguh kerja naik taraf

Onn Hafiz: Imigresen Johor diarah tangguh kerja naik taraf

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (gambar) telah mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri menangguhkan kerja menaik taraf yang melibatkan penutupan beberapa kaunter Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, beliau berkata kerja-kerja itu ditangguhkan sehingga cuti persekolahan akhir tahun berakhir.

“Saya telah meminta supaya kerja-kerja ini ditangguhkan sehingga berakhirnya cuti persekolahan akhir tahun,” katanya.

Sebelum ini, Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen BSI mengeluarkan kenyataan di Facebook bahawa beberapa kaunter laluan masuk dan keluar bas di BSI akan ditutup bermula esok hingga 15 Jan depan untuk kerja menaik taraf papan tanda. -Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *