Empat insentif pekebun kecil getah beralih ke pengeluaran lateks melalui IPL – Fadillah

Empat insentif pekebun kecil getah beralih ke pengeluaran lateks melalui IPL – Fadillah

SUNGKAI: Bayaran Insentif Penyertaan RM200 sebulan merupakan antara empat insentif kepada pekebun kecil getah yang beralih kepada pengeluaran lateks (susu getah) melalui program Insentif Pengeluaran Lateks (IPL).

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pekebun juga akan menerima insentif bulanan pengeluaran lateks berjumlah RM2 sekilogram berdasarkan 100 peratus kandungan getah kering.

“Selain itu pekebun juga akan menerima bayaran Insentif Galakan berjumlah RM100 setiap bulan dengan tempoh terhad selama setahun.

“Di samping itu mereka juga menerima Insentif Produktiviti berdasarkan produktiviti tahunan yang mencapai sasaran produktiviti antara 1,000 ke 1,499 kilogram bagi setiap hektar setahun (Kluster 1) dan 1,500 kilogram ke atas setiap hektar setahun (Kluster 2),“ katanya berucap ketika melancarkan Model Baharu Projek Rintis Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) dan Projek Rintis Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR) di Pusat Latihan Statistik Sungkai di sini, hari ini.

Program IPL bertujuan membantu pekebun kecil getah menambah pendapatan mereka dengan galakan untuk beralih kepada penghasilan lateks berbanding getah sekerap.

lagi..

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *